Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - PPPM (PT) 2015- 2025 yang akan dilancarkan pada bulan depan merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 
(PSPTN), yang dilancarkan pada tahun 2007.
 
 PPPM (PT) yang baharu ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program 
Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Pembangunan 
Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013 –
 2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang mendatang untuk memastikan 
agenda transformasi nasional Negara yang konsisten dan koheren.
 
 OBJEKTIF PEMBANGUNAN PPPM (PT) ADALAH SEPERTI BERIKUT:
 
 1. Kefahaman tentang prestasi dan cabaran pendidikan tinggi negara, 
memfokuskan kepada peningkatan akses kepada pendidikan, meningkatkan 
kualiti, merapatkan jurang (ekuiti), meningkatkan perpaduan dalam 
kalangan pelajar dan meningkatkan kecekapan pelajar IPT.
 
 2. Mewujudkan visi dan aspirasi sistem dan pelajar yang jelas dan 
relevan sehingga tahun 2025 serta mengintegrasikannya dengan agenda 
nasional, keutamaan negara dan program nasional. (contoh: ETP)
 
 3. Membangunkan program transformasi yang komprehensif bagi sistem 
pendidikan Malaysia yang meliputi perubahan utama Kementerian, bagi 
memastikan kesinambungan PSPTN dan selari dengan Pelan Pembangunan 
Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) serta 
memberikan gambaran trend pendidikan global.

No comments:
Post a Comment