Wednesday, March 4, 2015

LAPORAN PROGRAM PUSARAN IDEA TIMSS 2014

Anjakan 1: Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa


Maklumat Program

Program: Program Pusaran Idea Trends In mathematics and Science Study (TIMMS) 2014 anjuran bersama SMK Cheras Perdana, SMK Saujana Impian & Jabatan Matematik & Sains IPGKIK

Tarikh: 27 September 2014

Kajian Trends In International Mathematics And Sciencs Study (TIMMS) 2014 merupakan satu kajian perbandingan pendidikan antarabangsa yang dapat memberikan petunjuk kualiti berkaitan pendidikan kebangsaan  seperti yang digarikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, disarankan semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dan bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian murid dan imej negara dalam kajian TIMMS 2014 dapat ditingkatkan.

Sehubungan dengan itu, susulan mesyuarat Sekretariat Inisiatif TIMMS- PISA dengan pihak universiti dan agensi KPM di Bahagian Pembangunan Kurikulum pada 18 Julai 2014 telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada pihak IPG Kampus di seluruh negara untuk terlibat secara langsung dalam membantu sekolah- sekolah yang dikenal pasti sehingga November 2014 melalui program yang akan dibincangkan bersama- sama IPGM serta JPN masing- masing.


Pihak IPGKIK, khususnya Jabatan Matematik dan Sains telah menjalinkan kerjasama melalui Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat membantu SMK Cheras Perdana dan SMK Saujana Impian dalam menyediakan pelajar Tingkatan 2 bagi menduduki TIMSS. Aktiviti yang dirancang adalah dalam tempoh masa bulan September ke Oktober 2014.

Bermula dengan perjumpaan bersemuka dengan pihak kedua- dua sekolah, maka telah dipersetujui oleh pihak IPGKIK dan sekolah untuk bergabung dalam menjalankan beberapa aktiviti bersama. Dalam perancangan awal, satu program bersama diadakan untuk pelajar- pelajar kedua- dua buah sekolah di dewan seminar, Kolej Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia pada 27 September 2014 dari jam 8.30 pagi ke 4.30 petang.

Aktiviti yang dirancang iaitu Program Pusaran Idea untuk TIMSS 2014 yang dianjurkan bersama itu melibatkan 80 orang pelajar dari kedua- dua buah sekolah, guru- guru Matematik dan Sains seramai 10 orang dan 8 orang pensyarah dari Jabatan Matematik dan Sains IPGKIK. Pengisian program yang menumpukan kemahiran berfikir melalui aktiviti 'hands on' dalam matematik dan sains telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari setiap pelajar termasuk dua orang pelajar OKU. Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif dari semua pihak yang terlibat.

Pengisian Program

Secara umumnya pesyarah- pensyarah seagai fasilitator dan guru- guru sebagai pembantu fasilitator diagihkan mengikut bidang matematik dan sains. 80 orang pelajar dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti 'hands on' untuk matematik dan sains mengikut stesen secara serentak.

Pensyarah- pensyarah menerangkan aktiviti di setiap stesen untuk pelajar- pelajar dalam kumpulan melaksanakan tugasan dan menjawab soalan dalam kertas edaran. Pelajar- pelajar diransang berfikir aras tinggi dan digalakkan berinteraksi dalam meneroka aktiviti ke arah penyelesaian masalah.

Pelajar- pelajar dibimbing untuk berfikir dari pengalaman melalui aktiviti 'hands on' untuk menjawab contoh- contoh soalanTIMSS. Guru- guru pula didedahkan kepada kaedah menjalankan aktiviti sains dan matematik tersebut mengambil alih dalam memudahcara aktiviti pelajar- pelajar.

Maklum balas dari pelajar- pelajar, guru- guru melalui temu bual dan borang penilaian serta pemerhatian oleh pensyarah- pensyarah atas perjalanan aktiviti- aktiviti dinilai dan dirujuk untuk usaha penambahbaikan program yang akan datang.




Mesyuarat Perancangan Aktiviti TIMSS oleh Ketua Jabatan Matematik dan Sains, Penyelaras  TIMSS dengan Pengetua dan guru SMK Saujana Impian, Kajang, Selangor pada 9 Sept 2014 (10.00 pagi- 12.00 tgh)


Mesyuarat Perancangan Aktiviti TIMSS oleh Ketua Jabatan Matematik dan Sains, Penyelaras  TIMSS dengan Pengetua dan guru SMK Cheras Perdana, K.L. pada 9 Sept 2014 ( 2.00 -4.00 ptg)

 









Aktiviti ‘hands on’ di stesen

No comments:

Post a Comment